Assalamualaikum…
Berjalan lagi kami berdua..:) kali ni destinasi ke Kelantan..memenuhi jemputan perkahwinan sahabat sambil bercuti di sana..alhamdulillah perjalanan menaiki kerata pergi dan balik lancar dan dipermudahkan..:)
Bertolak pada awal pagi, singgah sebentar untuk breakfast di McD..dan meneruskan perjalanan sehingga ke hentian gua musang untuk berhenti rehat dan makan […]
Assalamualaikum…
Berjalan lagi kami berdua..:) kali ni destinasi ke Kelantan..memenuhi jemputan perkahwinan sahabat sambil bercuti di sana..alhamdulillah perjalanan menaiki kerata pergi dan balik lancar dan dipermudahkan..:)
Bertolak pada awal pagi, singgah sebentar untuk breakfast di McD..dan meneruskan perjalanan sehingga ke hentian gua musang untuk berhenti rehat dan makan tengah hari..:)
Kami menetap di Dynasti Hotel, di perkarangan Wakaf Che Yeh..keluar pintu hotel je dah boleh cuci mata 😄
Muka excited nak cuci mata..😁 macam2 ada dijual kat sini..rambang mata dibuatnya..apa2 pun kita dahulukan kiriman dari family dulu lah..😄 dah dapat semua baru membeli untuk kami pula..:)
Berbalik pada tujuan asal ke sana, kami berpeluang menyaksikan pernikahan dan majlis kesyukuran masyarakat kelantan..:) rumah sahabat terletak di Pasir Mas, Kelantan.. Jadi dari Wakaf Che Yeh ke Pasir Mas, perjalanan tidak lah jauh mana..sekejap sahaja dah sampai..:)
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat buat Anne&Atat Semoga berkekaan dan bahagia hingga ke Jannah
Waktu petang pula kami menuju ke Pantai Irama di Bachok..Alhamdulillah berpeluang menimkati bayu pantai yang amat mendamaikan..:)
Tenang rasanya melihat pemandangan laut serta kebiruan awan yang terbentang luas..:)
Untuk makan malam pula kami menuju ke Pasir Pekan..ambil kesempatan bertemu dengan officemate yang kebetulan pulang ke sana..katanya nak bawa makan di gerai Nasi Kerabu yang famous di sana 😄 jadi kami pun dapat lah merasa Nasi Kerabu di Restoren Nasi Kerabu Azma
Memang sangat2 sedap..cukup mengenyangkan..:)
Hari terakhir di sana, kami bersarapan pagi di Kopitiam Kita yang terletak di Pengkalan Chepa pula 😄
Pekena Roti Titab dan bihun goreng untuk sarapan..first time makan roti titab ni dan rasanya memang terbaik lah..patut lah famous dan ramai orang yang datang ke sana..:)
Alhamdulillah dapat merasa makanan2 yang famous di Kelantan..waktu semakin singkat..kami perlu meneruskan perjalanan untuk pulang ke Klang..
sebelum itu, sempat singgah di UMP untuk mengambil adik yang bercuti..:) di UMP pula kami merasa Nasi Kukus..wahhh..perut yang lapar terus jadi kenyang! 😄
Alhamdulillah untuk percutian dan perjalanan kali ini..:)
Assalamualaikum…
Alhamdulillah..tahun ini, pertama kali dapat melancong ke negara jiran..:D Perancangan dibuat dari hujung tahun 2014 lagi bersama keluarga kesayangan KKHS..Jadi, pada 14 March 2015, kami berlepas ke Bandung dari KLIA dengan menaiki flight KLM , flight no :KL0809 ..
Perasaan teruja first time nak naik flight..:) tambah teruja bila dapat […]
Assalamualaikum…
Alhamdulillah..tahun ini, pertama kali dapat melancong ke negara jiran..:D Perancangan dibuat dari hujung tahun 2014 lagi bersama keluarga kesayangan KKHS..Jadi, pada 14 March 2015, kami berlepas ke Bandung dari KLIA dengan menaiki flight KLM , flight no :KL0809 ..
Perasaan teruja first time nak naik flight..:) tambah teruja bila dapat surprise daripada ayah saudara yang kami berdua akan duduk di dalam business class!
Memang terkejut dibuatnya..😅 tapi happy sangat2 dapat merasa naik business class..memang layanan nya terbaik lah! Makanan pun sedap2..siap dapat sourvenir lagi!.😄
Thank you KLM for this beautiful sourvenir! 😍
Perjalanan dari KLIA ke Jakarta mengambil masa dalam dua jam..jadi kami tiba di Jakarta lebih kurang pukul 8.30 waktu Malaysia..:)
Sampai sahaja di sana, kami disambut oleh driver ditugaskan oleh agensi atau lebih dikenali sebagai pak supir..dua buah van disediakan untuk family kami..:)
Kami terus bergerak menaiki van dar Jakarta ke Bandung..dan ianya mengambil masa selama 4 jam perjalanan..memang sangat jauh dan lama ye..😅
Kami tiba di Victoria Luxurious Guest House pada jam 1 pagi..hotel tempat kami menginap ni memang cantik..:) cuma service nya harus dipertingkatkan lagi sebab asyik blackout je..huhu..😅
Ramai kan rombongan KKHS ke Bandung.. barulah meriah..huhu:)..ok first day, kami dibawa ke tempat shopping kain yang terkenal dengan harga yang murah2..Pasar Baru..bangunan nya bertingkat2..selain dari kain pasang, macam2 lagi pakaian yang dijual di sana..
Dah alang-alang sampai di sana, kami pun tak lepaskan peluang membeli kain pasang untuk dibuat baju raya nanti..😄
Selain dari pasar baru, kami juga dibawa ke Factory Outlet..juga tempat jualan pakaian yang pelbagai dan harga yang murah
Hari kedua, kami menuju ke Ciwidey..Haaa..di sana, kami berpeluang menikmati pemandangan kawah gunung berapi yang sememangnya sangat cantik..:) Tempat tersebut dikenali sebagai Kawah Putih
Suhu di Kawah Putih ni memang sejuk.. pelancong yang datang dinasihatkan untuk memakai mask sebab bau belerang dari kawah yang sangat kuat..:)
Mula2 tu sesak nafas jugak lah..tapi bila melihat keindahan ciptaan tuhan, lama2 kurang rasa sesaknya..:)
Memang cantik pemandangan di sana..sangat puas hati dapat abadikan kenangan di sana..:)
Bagi sesi shopping pula, kami di bawa ke Cibaduyut..😄 haruslah membeli kasut yang sememang nya cantik2 dan murah2..😄
Hari ketiga pula, kami ke Toko Tiga..terkenal dengan jeans original yang sememang nya murah dan kualiti tip top! 😄
Selepas itu,kami singgah di Kartika Sari untuk borong Brownies yang sememangnya famous di Bandung..:)
Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan ke Trans Studio Bandung
Waktu tu, memang ramai sangat pengunjung kat sana..penuh dengan rombongan sekolah..😅
Masuk2 je terus teruja nak naik roller coaster..😄 sekali dah naik, memang itu yang pertama dan terakhir lah! Haha..mana taknya..turun je terus pening..haha 😄 jadi kami jadi penonton jelah kepada sepupu2 yang lain main..:) nasib baik ada parade..dapat lah kami tengok ramai2..:)..
Istimewanya, kami 3rd gen KKHS berjaya menjalankan misi surprise birthday celebration bagi yang lahir pada bulan March
Sebenarnya, waktu di Kartika Sari ,kami secara sorok2 beli kek dan berjaya menyelinap masuk kek ke dalam van tanpa disedari oleh keluarga yang lain..:D Sampai sahaja di Trans Studio, kami sedaya upaya cover supaya yang lainnya tak syak apa2..:) oleh kerana makanan tak boleh di bawa masuk ke dalam trans studio, kami tumpang untuk simpan kek di cafe yang berdekatan..:)
Dannn….sewaktu keluar dari Trans Studio…
Surpriseeeee! Kek telah berjaya dipersembahkan dengan jaya nya diiringi dengan lagu ucapan selamat hari jadi..:) memang terbaik lah! 😄
Ok, sampai sini sahaja kami di Bandung..:) kami bertolak semula ke Jakarta..dan di sana, kami menginap ni Big Hotel untuk satu malam..:)
Keesokannya, adalah hari terakhir kami di negara jiran..jadi, sebelum berangkat ke airport, kami menuju ke tempat terakhir untuk bershopping 😁
Mangga Dua..:) untuk penggemar handbag memang ini lah tempatnya..😄 sangat2 murah dan cantik2 semuanya..:)
Selsesai bershopping di sana, kami meneruskan perjalanan ke airport..rasa macam sekejap je masa berlalu..dah nak balik ke Malaysia
Perjalanan balik, kami masih menaiki pesawat KLM..:) tapi kali ni economi class sahaja lah..😄
Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik..:) percutian yang sangat enjoy buat kami semua 😄
Assalamualaikum..
Bulan February tahun 2015 sangat singkat..Namun, sempat jua kami sekeluarga memenuhi jemputan kenduri saudara di Perlis Indera Kayangan..:)
Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air..😄 jadi untuk perjalanan yang panjang ini, kami mengambil kesempatan untuk singgah di negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara, iaitu Pulau Pinang..:)
Bukit Bendera menjadi […]
Assalamualaikum..
Bulan February tahun 2015 sangat singkat..Namun, sempat jua kami sekeluarga memenuhi jemputan kenduri saudara di Perlis Indera Kayangan..:)
Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air..😄 jadi untuk perjalanan yang panjang ini, kami mengambil kesempatan untuk singgah di negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara, iaitu Pulau Pinang..:)
Bukit Bendera menjadi destinasi pilihan dan ini merupakan kali kedua bagi kami berdua naik ke bukit ini..:) lihat sahaja pada gambar diatas, jelas menunjukkan cuaca yang sangat terik pada ketika itu..😎
Tarikan sebenar di Bukit Bendera adalah pengalaman menaiki cable car untuk naik ke atas bukit..juga pemandangan yang menarik serta suhu cuaca yang agak sejuk..:) tapi, waktu kami pergi, tak merasa suhu sejuk disebabkan Malaysia sedang mengalami perubahan cuaca yang panas melampau 😅
Setelah puas menikmati pemandangan di atas Bukit Bendera, perut pun mula berkeroncong..😅 jadi haruslah kami terjah gerai pasembor dan mee udang! Makanan yang wajib cuba di pulau pinang! 😜
Seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke Perlis..di Perlis, kami menetap di homestay yang disediakan..:) merasalah duduk di depan sawah padi..tapi seperti yang sedia maklum, cuaca panas dan sawah kering..tak merasa lah nak tengok kehijauan bendang..😅
Ok, disini berlangsungnya dua majlis untuk sepupu kami, iaitu untuk dua beradik..Majlis tunang dan nikah untuk si adik :
Tahniah Fikri atas pertunangan dan pernikahan bersama pasangan pilihan hati..semoga barakah perkahwinan dan bahagia hingga ke Jannah..😍
Dan…satu lagi majlis untuk si abang iaitu majlis pertunangan :
Tahniah diatas pertunangan abg husnil dan Najwa..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..😍
Time ni, memang terkejut..rupa-rupanya tunangan ny satu Universiti dan satu course masa belajar di UiTM Shah Alam dulu..😅 kecik je dunia kan?
Di perlis, kami dapat menikmati pemandangan laut di waktu malam sambil2 ambil angin malam di Kuala Perllis
Dekat sini lah baru merasa nikmat tiupan angin laut yang sejuk..huhu 😄
Bagi penggemar laksa pula, khabarnya di perlis ni terkenal dengan Laksa Kak Su…:) jadi sebelum pulang ke Selangor, kami pun tidak lepaskan peluang untuk merasai kesedapan Laksa Kak Su..😁
Dalam perjalan pulang, kami singgah di Jeruk Madu Pak Ali..bagi mendapatkan jeruk madu yang sangat terkenal..dan juga sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke rumah
Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang..:) sangat happy dan puas hati bila dapat makan sedap2 dan jalan2 bersama keluarga 😄
Owner in D House! :)
*SERIOUS NOTE*
:) Sorry, NO right click on this page... if want to open link in new tab, HOLD [CTRL + click] Thank You!.. :DNuffnang Advert
Post Date
May 2024 M T W T F S S « Jul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Story Has Been Told:
- Keluarga Besar arwah Hj.Zambri&Hjh.Mahani Beraya 2015
- Riang Raya KKHS
- Aidil Fitri di Negara Singa
- Chef Bob Steakhouse
- Percutian di Negeri Che Siti Wan Kembang
- Happy Birthday Suamiku..
- PreBirthday Celebration
- Movie Marathon
- Percutian ke Bandung
- Trip ke Pulau Pinang dan Perlis
- JJCM di Pulau Mutiara
- #Throwback Post Wed
- From Bukit Tinggi to Bukit Merah
- #Throwback ; 7 December 2013
- # Throwback ; Triple Wedding Couple
- #Throwback ; 30 November 2013
- #Throwback ; 29 November 2013
- 1st Year Wedding Anniversary
- Singapore ; Marina Bay sand & Sands Skypark
- 25th Splash Birthday Celebration @ Sunway Lagoon