Assalamualaikum..

Alhamdulillah…

Susulan daripada majlis merisik tempoh hari (30.03.2013), kini kami secara rasminya telah BERTUNANG pada (25.5.2013)

“The First Step to a New Beginning”

Satu kenangan yang amat manis dan istimewa buat kami apabila majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dengan meriah dan sempurna. Ini semua adalah berkat kerjasama dan sokongan dari ahli keluarga terutamanya Ibu dan Ayah,adek2 serta rakan-rakan yang memeriahkan majlis.

Permulaan cerita, perancangan majlis telah dirancang lebih awal namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, majlis terpaksa ditunda. Susulan perbincangan yang di lakukan sewaktu merisik, kedua belah keluarga telah bersetuju menetapkan tarikh 25.5.2013 sebagai tarikh majlis pertunangan kami.

Pelbagai persiapan telah dilakukan. Para jemputan semestinya dari keluarga terdekat oleh kedua belah pihak dan juga rakan-rakan rapat. Maklum, baru majlis pertunangan jadi tetamu yang dijemput agak terhad namun oleh kerana bilangan keluarga kedua belah pihak yang agak besar menjadikan tetamu agak ramai. Barangan hantaran telah disenaraikan dan kebanyakkannya kami membelinya bersama.Dari segi katering, pakaian dan pelamin, urusan kami dipermudahkan kerana ditempah dengan kenalan yang merupakan saudara kami juga.

Tanggal 25.5.2013, Majlis bermula lebih kurang jam 9 malam seperti yang dirancang. Rombongan pihak lelaki tiba di rumah dan majlis bermula mengikut adat melayu iaitu dengan salam pembuka bicara dari keluarga pihak perempuan dan disambut oleh wakil dari pihak lelaki bagi menyatakan hajat rombongan. Oleh kerana kami adalah sekampung, dan kebanyakkan ahli keluarga kami telah saling mengenali antara satu sama lain, menjadikan majlis dan perbincangan dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna.

Selesai pihak lelaki menyatakan hajat dan memperlihatkan cincin pertunangan sebagai tanda serta sebahagian dari wang tanda dan wang mas kahwin, acara menyarungkan cincin pertunangan bermula.

Ketika dipanggil keluar dari bilik, untuk ke pelamin bagi sesi menyarungkan cincin pertunangan, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya hati ini.Dalam hati berkata, ini baru langkah pertama untuk majlis pertunangan belum lagi pernikahan tetapi debarannya tetap kuat.Selawat dibaca bagi menenangkan hati.

Selesai jari manis disarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua, bacaan doa dibacakan oleh Imam dari Masjid Raudhatul Mukminin, seterusnya sesi menjamu selera dan bergambar bermula. :)

Sebahagian daripada gambar-gambar di Majlis Pertunangan Ainnur Atikah & Adnan Fakri ;

This slideshow requires JavaScript.

“Sebelum Majlis Bermula”

This slideshow requires JavaScript.

“Permulaan Majlis”

This slideshow requires JavaScript.

” Upacara menyarungkan cincin pertunangan”

This slideshow requires JavaScript.

“Bersama keluarga pihak Lelaki”

This slideshow requires JavaScript.

“Bersama keluarga pihak perempuan”

This slideshow requires JavaScript.

“Bersama sahabat”

This slideshow requires JavaScript.

“Bersama Tunangan Hati”

Photo Exclusive oleh ShazniJ Photography ;

 

This slideshow requires JavaScript.

Pelamin dan Gubahan Hantaran oleh Rezo Collection ;

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Dress pertunangan dan Make up oleh Butik Pengantin Marlynn Afzan ;

This slideshow requires JavaScript.

 

Video :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.
This site is protected by WP-CopyRightPro