Assalamualaikum..

image

Bulan February tahun 2015 sangat singkat..Namun, sempat jua kami sekeluarga memenuhi jemputan kenduri saudara di Perlis Indera Kayangan..:)

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air..😄 jadi untuk perjalanan yang panjang ini, kami mengambil kesempatan untuk singgah di negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara, iaitu Pulau Pinang..:)

image

Bukit Bendera menjadi destinasi pilihan dan ini merupakan kali kedua bagi kami berdua naik ke bukit ini..:) lihat sahaja pada gambar diatas, jelas menunjukkan cuaca yang sangat terik pada ketika itu..😎

image

image

image

Tarikan sebenar di Bukit Bendera adalah  pengalaman menaiki cable car untuk naik ke atas bukit..juga pemandangan yang menarik serta suhu cuaca yang agak sejuk..:) tapi, waktu kami pergi, tak merasa suhu sejuk disebabkan Malaysia sedang mengalami perubahan cuaca yang panas melampau 😅

Setelah puas menikmati pemandangan di atas Bukit Bendera, perut pun mula berkeroncong..😅 jadi haruslah kami terjah gerai pasembor dan mee udang! Makanan yang wajib cuba di pulau pinang! 😜

Seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke Perlis..di Perlis, kami menetap di homestay yang disediakan..:) merasalah duduk di depan sawah padi..tapi seperti yang sedia maklum, cuaca panas dan sawah kering..tak merasa lah nak tengok kehijauan bendang..😅

Ok, disini berlangsungnya dua majlis untuk sepupu kami, iaitu untuk dua beradik..Majlis tunang dan nikah untuk si adik :

image

image

Tahniah Fikri atas pertunangan dan pernikahan bersama pasangan pilihan hati..semoga barakah perkahwinan dan bahagia hingga ke Jannah..😍

Dan…satu lagi majlis untuk si abang iaitu majlis pertunangan :

image

image

Tahniah diatas pertunangan abg husnil dan Najwa..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..😍

Time ni, memang terkejut..rupa-rupanya tunangan ny satu Universiti dan satu course masa belajar di UiTM Shah Alam dulu..😅 kecik je dunia kan? :)

Di perlis, kami dapat menikmati pemandangan laut di waktu malam sambil2 ambil angin malam di Kuala Perllis :D

image

image

Dekat sini lah  baru merasa nikmat tiupan angin laut yang sejuk..huhu 😄

Bagi penggemar laksa pula, khabarnya di perlis ni terkenal dengan Laksa Kak Su…:) jadi sebelum pulang ke Selangor, kami pun tidak lepaskan peluang untuk merasai kesedapan Laksa Kak Su..😁

image

Dalam perjalan pulang, kami singgah di Jeruk Madu Pak Ali..bagi mendapatkan jeruk madu yang sangat terkenal..dan juga sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke rumah :)

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang..:) sangat happy dan puas hati bila dapat makan sedap2 dan jalan2 bersama keluarga 😄

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.
This site is protected by WP-CopyRightPro