Assalamualaikum…
Susulan dari Majlis Khatam Al-Quran di pagi Jumaat, Majlis Pernikahan telah dijalankan pada sebelah petang selepas Solat Jumaat ( 29 November 2013) .
Seperti yang dirancang, Majlis Pernikahan berlangsung di Masjid Raudhatul Mukminin Klang berdekatan dengan rumah kami. Dimulai dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki dan disusuli dengan rombongan pengantin perempuan tiba di masjid. Dengan debaran di hati,langkah dimulakan dengan lafaz Bismillah dan Selawat meniti anak tangga memasuki masjid. Saudara mara mengambil tempat dan kelihatan pengantin lelaki telah bersedia dihadapan Juru Nikah, saksi serta wali iaitu ayahku yang akan menikahkan kami.
This slideshow requires JavaScript.
Tanpa melengahkan masa, Juru Nikah memulakan majlis dengan ucapan dan ceramah ringkas tentang perkahwinan.
This slideshow requires JavaScript.
Kemudian, Majlis lafaz Akad Nikah dimulakan dengan doa dan lafaz akad yang dilaksanakan oleh Ayahku, Abd Rahman Bin Hj Mustapa serta disambut lafaz oleh bakal suami ku Adnan Fakri Bin Shahrul Effendi.
This slideshow requires JavaScript.
Tepat jam 3.25 petang kami telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Syukur Alhamdulillah diatas rahmat dan keizinan yang telah diberikan oleh Allah swt serta seluruh ahli keluarga. Seperti biasa, selepas Majlis Akad Nikah, upacara menyerahkan hantaran dan mas kahwin dan juga upacara batal air sembahyang dijalankan.
This slideshow requires JavaScript.
Sebelum majlis di masjid bersurai, sesi bergambar bersama keluarga dijalankan.
This slideshow requires JavaScript.
Alhamdulillah…Syukur ke hadrat Ilahi…
Adnan Fakri & Ainnur Atikah
29 November 2013
dengan sekali lafaz
3.25 pm
sah sebagai suami & isteri
Owner in D House! :)
*SERIOUS NOTE*
:) Sorry, NO right click on this page... if want to open link in new tab, HOLD [CTRL + click] Thank You!.. :DNuffnang Advert
Post Date
March 2021 M T W T F S S « Jul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Story Has Been Told:
- Keluarga Besar arwah Hj.Zambri&Hjh.Mahani Beraya 2015
- Riang Raya KKHS
- Aidil Fitri di Negara Singa
- Chef Bob Steakhouse
- Percutian di Negeri Che Siti Wan Kembang
- Happy Birthday Suamiku..
- PreBirthday Celebration
- Movie Marathon
- Percutian ke Bandung
- Trip ke Pulau Pinang dan Perlis
- JJCM di Pulau Mutiara
- #Throwback Post Wed
- From Bukit Tinggi to Bukit Merah
- #Throwback ; 7 December 2013
- # Throwback ; Triple Wedding Couple
- #Throwback ; 30 November 2013
- #Throwback ; 29 November 2013
- 1st Year Wedding Anniversary
- Singapore ; Marina Bay sand & Sands Skypark
- 25th Splash Birthday Celebration @ Sunway Lagoon