Currently viewing the category: "Feelings"

 

anniversary2

 

 

Alhamdulillah…

29 November 2014

Genap setahun usia perkahwinan kami..

Syukur ke hadrat Ilahi diatas anugerah terindah yang kami miliki kini..

Walau diuji dengan pelbagai rintangan dan ujian dariNya yang maha Esa…

Keteguhan serta keihklasan di hati tetap membawa cinta kami mekar bersemi…

Terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat dan doa buat kami…

Semoga bahtera perkahwinan ini akan teguh berlayar dilautan yang luas dan penuh mencabar …

Semoga kasih sayang dan cinta kami termeterai di hati buat selama-lamanya….

dan semoga segala yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T suatu hari nanti…

In Shaa Allah..Aamin..

anniversary1

p/s: Credit Pic to Basha Pixcers

 

Assalamualaikum…

Setelah sekian lama baru berkesempatan untuk berkongsi kenangan di Majlis Bertandang Perkahwinan kami..

Majlis Bertandang ini telah berlangsung pada 7 Disember 2013 iaitu seminggu selepas Majlis Persandingan dijalankan.

Pada kali ini Majlis dibuat di Dewan Masjid Sungai Pinang Klang. Istimewanya majlis ini adalah melibatkan bukan sahaja sepasang pengantin, tetapi tiga pasang pengantin serentak.. Meriah kan? :)

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ketiga2 pasang pengantin ke dalam dewan majlis…

This slideshow requires JavaScript.

Ketibaan pengantin di sertai dengan paluan kompang yang menggamitkan suasana majlis. Setibanya kami didalam dewan, kami terus menuju ke meja makan beradap…Dimulakan dengan bacaan Doa oleh Bapa pengantin, seterusnya menjamu selera bersama pasangan masing2 serta keluarga..

This slideshow requires JavaScript.

Selesai menjamu santapan yang istimewa, kami bersama2 memotong kek perkahwinan setinggi 5 tingkat :)

This slideshow requires JavaScript.

Seterusnya adalah sesi bergambar bersama keluarga dan rakan2 :)

Bersama keluarga pihak perempuan ;

This slideshow requires JavaScript.

Bersama keluarga pihak lelaki :

This slideshow requires JavaScript.

Bersama rakan2 :

This slideshow requires JavaScript.

Kami :)

This slideshow requires JavaScript.

Dan yang terakhir….Outdoor PS yg awesome bersama Basha Pixcers!

This slideshow requires JavaScript.

- The END -

Alhamdulillah Kesemua Majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah…

Syukur kepada Allah S.W.T..

Sesungguhnya segala ujian yang diberi oleh Nya telah menguatkan lagi ikatan cinta kami..

Allah Maha Besar…

Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga,saudara mara serta rakan2 yang mendoakan kami..

:)

 

Assalamualaikum..

Tidak lengkap majlis perkahwinan tanpa majlis persandingan…jadi Majlis Persandingan bagi Ainnur Atikah & Adnan Fakri telah dilaksanakan pada 30 November 2013 iaitu pada hari sabtu, sehari selepas masjlis pernikahan dijalankan. Lokasi majlis adalah di Dewan Pejabat Tanah/Daerah Klang…

Seawal jam 9.30 pagi, juru make up kami telah tiba di rumah bagi menyiapkan pasangan raja sehari…Seperti biasa kami tetap menggunakan khidmat daripada Butik Pengantin Marlin Afzan bagi make up dan baju persandingan.

This slideshow requires JavaScript.

Sementara pasangan pengantin menyiapkan diri di rumah, ahli keluarga yang lain telah tiba di dewan terlebih dahulu bagi memastikan segala  persiapan rapi telah siap sedia seperti yang dirancang…

This slideshow requires JavaScript.

Dekorasi Pelamin oleh Azika Collection :)

This slideshow requires JavaScript.

Setting Dewan, meja makan beradap serta katering oleh Salamah Catering…orang kampung kami juga…:)

Setelah mendapat green light daripada keluarga di dewan, dan setelah pasangan pengantin siap didandan, kami pn bergerak dengan menaiki kereta yang berasingan untuk menuju ke dewan persandingan..Mengapa kami menaiki kereta yang berasingan?…tuggu dan lihat…hehehe

This slideshow requires JavaScript.

Itu dia…ketibaan pengantin perempuan..:)

bagi menjawab persoalan mengapa pengantin perempuan tiba tanpa pengantin lelaki ialah….suatu kelainan ingin disampaikan disini…Jika kita imbas kembali adat perkahwinan dahulu, jika majlis persandingan di rumah pengatin perempuan, pengantin perempuan akan menanti kehadiran pengantin lelaki di rumah..sejurus pengantin lelaki tiba, pengantin perempuan akan menuju keluar bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki…Jadi itulah konsep yang kami ambil untuk majlis persandingan ini..Idea konsep tidak lain dan tidak bukan adalah dari ibuku sendiri…:)

Setelah pengantin perempuan tiba, diarak masuk ke dalam dewan diiringi dayang-dayang kecil menuju ke pelamin ..dan ketika ini, Alunan Selawat Nabi bergema menyambut ketibaan pengantin perempuan..Pengantin perempuan duduk di pelamin ditemani oleh dayang-dayang kecil serta pengapit..Menanti ketibaan Pengantin Lelaki…

Setelah 30 Minit masa berlalu..para tetamu diumumkan dengan ketibaan pengantin lelaki…:)

This slideshow requires JavaScript.

Apabila pengantin lelaki telah bersedia untuk memasuki dewan, bergemalah alunan lagu hangat dan syahdu iaitu “Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ” …dan ketika lagu berkumandang juga lah pengantin perempuan bangun diiringi sekali lagi oleh dayang-dayang kecil menuju pintu utama dewan bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki..Inilah lagu tema bagi Majlis Persandingan kami…atas cadangan saudara mara..memang bertepatan dengan Majlis kami dan sememangny menjadikan suasana yang amat terharu pada ketika itu…Setelah bersalaman dengan kedua ibu bapa, lalu pengantin perempuan menuju ke pengantin lelaki dan bersalaman seterusnya beriringan menuju masuk ke dalam dewan di sertai alunan palungan kompang dan rombongan pengantin lelaki..

This slideshow requires JavaScript.

Apabila kedua mempelai telah duduk di singgahsana pelamin..Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ayah saudaraku…bagi memberkati Majlis Persandingan serta Perkahwinan kami…:)

This slideshow requires JavaScript.

Sungguh syahdu bacaan doa yang disampaikan oleh ayah saudaraku…dan turut terharu apabila semua yang hadir di dalam dewan turut sama memberikan tumpuan,menadah tangan serta mengaminkan doa yang dibacakan…

Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin…

Usai bacaan doa,  majlis diteruskan dengan upacara persandingan dan restu kasih..

This slideshow requires JavaScript.

dimulakan oleh keluarga pengantin lelaki…

This slideshow requires JavaScript.

diikuti oleh keluarga pengantin perempuan…:)

Seterusnya adalah acara memotong kek..

This slideshow requires JavaScript.

Kek ni sangat cantik dan sangat2 sedapppp! Kek Pengantin 3 tingkat..dan setiap tingkat berlainan perisa…juga khas daripada Salamah Catering..:)

Selesai memotong kek, tiba masa untuk makan beradap pula…kami beriringan turun dari pentas dewan dan menuju ke meja beradap untuk menikmati santapan raja sehari bersama wakil keluarga pihak lelaki…

This slideshow requires JavaScript.

Acara makan beradap diiringi dengan alunan nasyid live daripada kumpulan As Saif dari  Sk Telok Pulai klang…Sungguh merdu nyanyian nasyid mereka…:)

Tidak lengkap Majlis Perkahwinan tanpa sesi bergambar bersama kaum keluarga,sanak saudara  serta rakan2.. Jadi setelah menjamu santapan yang sangat sedap itu kami menaiki pentas pelamin semula bagi sesi bergambar…:)

This slideshow requires JavaScript.

gembira dapat bergambar bersama rakan2 yang dah lama x jumpa…terima kasih sudi hadir ke masjlis kami..:)

This slideshow requires JavaScript.

meriah bersama keluarga pengantin lelaki…:)

This slideshow requires JavaScript.

juga meriah bersama keluarga pengantin perempuan.. :)

This slideshow requires JavaScript.

Awesome Bersama KKHS ! :D

This slideshow requires JavaScript.

bergambar bersama generasi ke dua KKHS! :)

This slideshow requires JavaScript.

Bahagia Bersama Keluarga Tercinta…:)

This slideshow requires JavaScript.

dan…KAMI…:)

Alhamdulillah…Majlis Persandingan juga berjalan dengan lancar seperti yang dirancang…dan sememangnya menjadikan satu kenangan yang terindah buat kami..Tertima Kasih kepada seluruh ahli keluarga dan mereka yang terlibat bagi menjayakan hari bersejarah kami ..:)

~ Restu Kasih ~

~ Ainnur Atikah & Adnan Fakri ~

~ 30 November 2013 ~

 

Assalamualaikum…

Susulan dari Majlis Khatam Al-Quran di pagi Jumaat, Majlis Pernikahan telah dijalankan pada sebelah petang selepas Solat Jumaat ( 29 November 2013) .

Seperti yang dirancang, Majlis Pernikahan berlangsung di Masjid Raudhatul Mukminin Klang berdekatan dengan rumah kami. Dimulai dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki dan disusuli dengan  rombongan pengantin perempuan tiba di masjid. Dengan debaran di hati,langkah dimulakan dengan lafaz Bismillah dan Selawat meniti anak tangga memasuki masjid. Saudara mara mengambil tempat dan kelihatan pengantin lelaki telah bersedia dihadapan Juru Nikah, saksi serta wali iaitu ayahku yang akan menikahkan kami.

This slideshow requires JavaScript.

Tanpa melengahkan masa, Juru Nikah memulakan majlis dengan ucapan dan ceramah ringkas tentang perkahwinan.

This slideshow requires JavaScript.

Kemudian, Majlis lafaz Akad Nikah dimulakan dengan doa dan lafaz akad yang  dilaksanakan oleh Ayahku, Abd Rahman Bin Hj Mustapa serta disambut lafaz oleh bakal suami ku Adnan Fakri Bin Shahrul Effendi.

This slideshow requires JavaScript.

Tepat jam 3.25 petang kami telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.

Syukur Alhamdulillah diatas rahmat dan keizinan yang telah diberikan oleh Allah swt serta seluruh ahli keluarga. Seperti biasa, selepas Majlis Akad Nikah, upacara menyerahkan hantaran dan  mas kahwin dan juga upacara  batal air sembahyang dijalankan.

This slideshow requires JavaScript.

Sebelum majlis di masjid bersurai, sesi bergambar bersama keluarga dijalankan.

This slideshow requires JavaScript.

Alhamdulillah…Syukur ke hadrat Ilahi…

Adnan Fakri & Ainnur Atikah

29 November 2013

dengan sekali lafaz

3.25 pm

sah sebagai suami & isteri

:)

 
Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.
This site is protected by WP-CopyRightPro