Assalamualaikum  dan selamat pagi semuanya…:)

Pejam celik,pejam celik dah masuk bulan 4 bagi tahun 2012…begitu cepat masa berlalu dan nampaknya aktiviti harian pun bertambah sibuk…tengok blog yang dah lama xberupdate ni pun dah tau kan…:)

Ok..pagi tadi time sarapan sebelum pergi opis sempat jugak dengar radio yang sememangnya hot apa lagi kalau bukan Hot.Fm…:) Menarik jugak topik hari ni..rupa2nya hari ini merupakan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa…sebelum ni xtau pun  ada hari buku kanak2 antarabangsa yang disambut setiap tahun pada 2 April….sesuatu yang menarik…teringat zaman kanak2 dulu ibu dan ayah selalu belikan buku cerita…banyak jugak lah koleksi buku cerita yang ada kat rumah tu tapi sekarang xtau lah ada lagi ke x…ntah kat mana2 lah agaknya kan..huhu…

Tapi apa yang menariknya dengan ada nya sambutan macam ni dapat memberikan kesedaran dan memupuk minat  membaca kepada kanak2…bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya…jadi ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan anak2 mereka membaca sejak dari kecil lagi…bagi mendapatkan bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak2, ibu bapa boleh pergi ke kedai2 yang menjual pelbagai jenis buku di pasaran…selain dari  itu, ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan membawa anak2 ke pameran dan ekspo2 buku yang diadakan bagi mendekatkan anak2 dengan pelbagai buku dan bahan bacaan. Harus diingatkan membaca bukan sahaja dijadikan  sebagai hobi untuk mengisi masa lapang kanak2 tetapi ianya juga dapat meningkatkan daya pemikiran dan imaginasi kanak2…:)

Jadi,tunggu apa lagi..marilah kita bersama2 meraikan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa ni ok! Jom kita baca buku cerita sama2 :)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.
This site is protected by WP-CopyRightPro