Currently viewing the category: "Together"

Akhirnya….

setelah sekian lama tak berkesempatan “dating” berdua di sebabkan kekangan masa dan kerjaya…

Its a Quality Time for both of us..

Destinasi yang dipilih adalah Taman Layang-layang Kepong..

Selalu dengar cerita je, tak pernah jejak kaki ke sana..teringin lah jugak nak merasa main layang-layang kan… :D

Semangat dah ada…tapi bila sampai je memang terkejut bila tengok taman yang telah dibanjiri oleh raaaaaamaiii orang awam…

jadi terpaksalah batalkan niat untuk bermain layang-layang :(

Jadi seperti biasa haruslah kami habiskan masa menikmati pemandangan di  tasik sambil mengambil gambar bersama :)

IMG_1455R

Lovely Husband N Wife :D

IMG_1434R

IMG_1438R

IMG_1441R

IMG_1436R

IMG_1446R

IMG_1450R

IMG_1445R

Sangat bahagia dapat bersantai bersama cinta hati…:)

 

Assalamualaikum…

Setelah sekian lama baru berkesempatan untuk berkongsi kenangan di Majlis Bertandang Perkahwinan kami..

Majlis Bertandang ini telah berlangsung pada 7 Disember 2013 iaitu seminggu selepas Majlis Persandingan dijalankan.

Pada kali ini Majlis dibuat di Dewan Masjid Sungai Pinang Klang. Istimewanya majlis ini adalah melibatkan bukan sahaja sepasang pengantin, tetapi tiga pasang pengantin serentak.. Meriah kan? :)

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ketiga2 pasang pengantin ke dalam dewan majlis…

This slideshow requires JavaScript.

Ketibaan pengantin di sertai dengan paluan kompang yang menggamitkan suasana majlis. Setibanya kami didalam dewan, kami terus menuju ke meja makan beradap…Dimulakan dengan bacaan Doa oleh Bapa pengantin, seterusnya menjamu selera bersama pasangan masing2 serta keluarga..

This slideshow requires JavaScript.

Selesai menjamu santapan yang istimewa, kami bersama2 memotong kek perkahwinan setinggi 5 tingkat :)

This slideshow requires JavaScript.

Seterusnya adalah sesi bergambar bersama keluarga dan rakan2 :)

Bersama keluarga pihak perempuan ;

This slideshow requires JavaScript.

Bersama keluarga pihak lelaki :

This slideshow requires JavaScript.

Bersama rakan2 :

This slideshow requires JavaScript.

Kami :)

This slideshow requires JavaScript.

Dan yang terakhir….Outdoor PS yg awesome bersama Basha Pixcers!

This slideshow requires JavaScript.

- The END -

Alhamdulillah Kesemua Majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah…

Syukur kepada Allah S.W.T..

Sesungguhnya segala ujian yang diberi oleh Nya telah menguatkan lagi ikatan cinta kami..

Allah Maha Besar…

Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga,saudara mara serta rakan2 yang mendoakan kami..

:)

 

Assalamualaikum….

image

Tahun 2014, tahun pertama bergelar isteri dan beraya bersama suami tercinta…:-) terima kasih buat suami memberi peluang untuk beraya bersama keluarga tersayang..:-)

Oleh kerana kami memang tinggal bersama ibu dan ayah, jadi lebih afdhal rasanya beraya di sini dahulu…dapat juga membantu keluarga membuat persiapan raya..:-)

image

Seperti biasa, menu hari raya kami memang banyak…kuah kacang,rendang ayam,rendang limpa,daging halia,kuah lodeh,ketupat serta lemang…semestinya sangat sedap..maklumlah, air tangan ibu tercinta memang sentiasa menang di hati ini..:-)

Sudah menjadi perkara wajib setiap tahun, rumah kami akan mengadakan kenduri doa selamat pada subuh Aidil Fitri…selepas solat subuh,jemaah masjid akan terus ke rumah kami untuk tahlil ringkas,doa selamat dan bertakbir…:-)

image

Takbir raya yang bergema dari masjid Raudhatul Mukminin memang sangat sayu dan terkesan di hati…sayu mengenangkan mereka yang telah pergi menghadap ilahi…namun juga bahagia menyambut Aidil Fitri bersama insan tercinta..

Pulangnya kaum Adam dari masjid, kami kaum hawa di rumah telah menanti untik bersalam salaman serta bermaaf maafan sempena Aidil Fitri yang mulia ini..:-)

image

Bergambar bersama keluarga tercinta adalah perkara wajib bagi kami…maklumlah,ianya akan menjadi memori indah buat kami..:-)

Setiap tahun pada raya pertama juga rumah kami menjadi tumpuan kunjungan sanak saudara…sangat meriah dan memang xmenang tangan dibuatnya..:-) pagi hingga malam xputus2 saudaramara yang datang..namun,seperti biasa kami akan tetap lari sebentar ke rumah atuk yang terletak berdekatan dengan rumah kami…:-)

image

image

Hari Raya Aidil Fitri disambut selama sebulan…jadi, kami berpeluang untuk pulang beraya ke kampung ayah di negeri sembilan..selain itu,kami juga pergi berkunjung ke rumah saudara mara pada hari2 seterusnya..

image

image

image

Banyak lagi rumah saudara mara yang dikunjungi…tapi  tak dapat nak pergi semua sebab kekangan kerja..:-(  tapi tak apa, kemeriahan raya tetap terasa dan tersemat dihati! :-)

 

Assalamualaikum..

Tidak lengkap majlis perkahwinan tanpa majlis persandingan…jadi Majlis Persandingan bagi Ainnur Atikah & Adnan Fakri telah dilaksanakan pada 30 November 2013 iaitu pada hari sabtu, sehari selepas masjlis pernikahan dijalankan. Lokasi majlis adalah di Dewan Pejabat Tanah/Daerah Klang…

Seawal jam 9.30 pagi, juru make up kami telah tiba di rumah bagi menyiapkan pasangan raja sehari…Seperti biasa kami tetap menggunakan khidmat daripada Butik Pengantin Marlin Afzan bagi make up dan baju persandingan.

This slideshow requires JavaScript.

Sementara pasangan pengantin menyiapkan diri di rumah, ahli keluarga yang lain telah tiba di dewan terlebih dahulu bagi memastikan segala  persiapan rapi telah siap sedia seperti yang dirancang…

This slideshow requires JavaScript.

Dekorasi Pelamin oleh Azika Collection :)

This slideshow requires JavaScript.

Setting Dewan, meja makan beradap serta katering oleh Salamah Catering…orang kampung kami juga…:)

Setelah mendapat green light daripada keluarga di dewan, dan setelah pasangan pengantin siap didandan, kami pn bergerak dengan menaiki kereta yang berasingan untuk menuju ke dewan persandingan..Mengapa kami menaiki kereta yang berasingan?…tuggu dan lihat…hehehe

This slideshow requires JavaScript.

Itu dia…ketibaan pengantin perempuan..:)

bagi menjawab persoalan mengapa pengantin perempuan tiba tanpa pengantin lelaki ialah….suatu kelainan ingin disampaikan disini…Jika kita imbas kembali adat perkahwinan dahulu, jika majlis persandingan di rumah pengatin perempuan, pengantin perempuan akan menanti kehadiran pengantin lelaki di rumah..sejurus pengantin lelaki tiba, pengantin perempuan akan menuju keluar bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki…Jadi itulah konsep yang kami ambil untuk majlis persandingan ini..Idea konsep tidak lain dan tidak bukan adalah dari ibuku sendiri…:)

Setelah pengantin perempuan tiba, diarak masuk ke dalam dewan diiringi dayang-dayang kecil menuju ke pelamin ..dan ketika ini, Alunan Selawat Nabi bergema menyambut ketibaan pengantin perempuan..Pengantin perempuan duduk di pelamin ditemani oleh dayang-dayang kecil serta pengapit..Menanti ketibaan Pengantin Lelaki…

Setelah 30 Minit masa berlalu..para tetamu diumumkan dengan ketibaan pengantin lelaki…:)

This slideshow requires JavaScript.

Apabila pengantin lelaki telah bersedia untuk memasuki dewan, bergemalah alunan lagu hangat dan syahdu iaitu “Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ” …dan ketika lagu berkumandang juga lah pengantin perempuan bangun diiringi sekali lagi oleh dayang-dayang kecil menuju pintu utama dewan bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki..Inilah lagu tema bagi Majlis Persandingan kami…atas cadangan saudara mara..memang bertepatan dengan Majlis kami dan sememangny menjadikan suasana yang amat terharu pada ketika itu…Setelah bersalaman dengan kedua ibu bapa, lalu pengantin perempuan menuju ke pengantin lelaki dan bersalaman seterusnya beriringan menuju masuk ke dalam dewan di sertai alunan palungan kompang dan rombongan pengantin lelaki..

This slideshow requires JavaScript.

Apabila kedua mempelai telah duduk di singgahsana pelamin..Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ayah saudaraku…bagi memberkati Majlis Persandingan serta Perkahwinan kami…:)

This slideshow requires JavaScript.

Sungguh syahdu bacaan doa yang disampaikan oleh ayah saudaraku…dan turut terharu apabila semua yang hadir di dalam dewan turut sama memberikan tumpuan,menadah tangan serta mengaminkan doa yang dibacakan…

Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin…

Usai bacaan doa,  majlis diteruskan dengan upacara persandingan dan restu kasih..

This slideshow requires JavaScript.

dimulakan oleh keluarga pengantin lelaki…

This slideshow requires JavaScript.

diikuti oleh keluarga pengantin perempuan…:)

Seterusnya adalah acara memotong kek..

This slideshow requires JavaScript.

Kek ni sangat cantik dan sangat2 sedapppp! Kek Pengantin 3 tingkat..dan setiap tingkat berlainan perisa…juga khas daripada Salamah Catering..:)

Selesai memotong kek, tiba masa untuk makan beradap pula…kami beriringan turun dari pentas dewan dan menuju ke meja beradap untuk menikmati santapan raja sehari bersama wakil keluarga pihak lelaki…

This slideshow requires JavaScript.

Acara makan beradap diiringi dengan alunan nasyid live daripada kumpulan As Saif dari  Sk Telok Pulai klang…Sungguh merdu nyanyian nasyid mereka…:)

Tidak lengkap Majlis Perkahwinan tanpa sesi bergambar bersama kaum keluarga,sanak saudara  serta rakan2.. Jadi setelah menjamu santapan yang sangat sedap itu kami menaiki pentas pelamin semula bagi sesi bergambar…:)

This slideshow requires JavaScript.

gembira dapat bergambar bersama rakan2 yang dah lama x jumpa…terima kasih sudi hadir ke masjlis kami..:)

This slideshow requires JavaScript.

meriah bersama keluarga pengantin lelaki…:)

This slideshow requires JavaScript.

juga meriah bersama keluarga pengantin perempuan.. :)

This slideshow requires JavaScript.

Awesome Bersama KKHS ! :D

This slideshow requires JavaScript.

bergambar bersama generasi ke dua KKHS! :)

This slideshow requires JavaScript.

Bahagia Bersama Keluarga Tercinta…:)

This slideshow requires JavaScript.

dan…KAMI…:)

Alhamdulillah…Majlis Persandingan juga berjalan dengan lancar seperti yang dirancang…dan sememangnya menjadikan satu kenangan yang terindah buat kami..Tertima Kasih kepada seluruh ahli keluarga dan mereka yang terlibat bagi menjayakan hari bersejarah kami ..:)

~ Restu Kasih ~

~ Ainnur Atikah & Adnan Fakri ~

~ 30 November 2013 ~

 

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..Setelah selesai Majlis Pernikahan Adnan Fakri&Ainnur Atikah di Masjid Raudhatul Mukminin Klang, Majlis diteruskan dengan jamuan ringkas dan sesi bersalaman bersama ahli keluarga terdekat. Majlis ini diberi nama Majlis Salam Restu di Teratak Warisan Kasih..Sungguh unik nama yg diberikan..ilham daripada Ibuku yang dikasihi..

Tiba saja di perkarangan Teratak Warisan Kasih, ahli keluarga serta rombongan pengantin lelaki dijemput untuk menjamu selera.. Tidak ketinggalan juga kami yang baru sahaja bergelar suami isteri.. :)

This slideshow requires JavaScript.

Selesai jamuan makan, tiba lah masa bagi Majlis Salam Restu…Oleh kerana kami tidak mengadakan majlis malam berinai, maka usai majlis pernikahan majlis persandingan kecil dijalankan di TWK..dan juga kerana kami tidak mengadakan upacara merenjis air mawar dan bunga rampai, majlis dibersalaman bersama ahli keluarga terdekat dijalankan…dari situlah terhasilnya Majlis Salam Restu..:)

This slideshow requires JavaScript.

Objektif salam restu ini adalah untuk memperkenalkan ahli keluarga terdekat pengantin perempuan kepada ahli keluarga pengantin lelaki..itulah yang dikatakan oleh Ibuku..:)

Seterusnya seperti biasa, sesi bergambar bersama kedua2 keluarga…:)

This slideshow requires JavaScript.

Bahagia apabila melihat wajah ceria mereka…Tambah bahagia apabila merakam detik indah bersama insan yang bergelar Suami..dan juga diriku yang bergelar Isteri…:)

This slideshow requires JavaScript.

~ Anugerah Cinta ~

~Adnan Fakri & Ainnur Atikah ~

~ 29 November 2013 ~

 
Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.
This site is protected by WP-CopyRightPro